

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mempersembahkan | Presents
FESTIVAL TAMAN KUALA LUMPUR 2025
KL PARK FESTIVAL 2025 | 17-26 OCT 2025 | Taman Tasik Titiwangsa











KLPF2025 Corridor Events
Acara Koridor KLPF2025

TRX - ASEAN Unity Garden
Date: 17-26 October 2025
Venue: Raintree Plaza, Tun Razak Exchange (TRX)
As part of the KLPF2025 Corridor – City in Bloom Showcase, the iconic shopping and financial district of TRX presents the ASEAN Unity Garden. Designed with the spirit of ASEAN, this special garden celebrates regional harmony and diversity in conjunction with ASEAN Malaysia 2025, offering a unique blend of landscape, culture, and unity.
Sebagai sebahagian daripada KLPF2025 Corridor – City in Bloom Showcase, kawasan gedung membeli-belah dan pusat kewangan ikonik TRX menampilkan ASEAN Unity Garden. Direka dengan semangat ASEAN, taman khas ini meraikan keharmonian dan kepelbagaian serantau sempena ASEAN Malaysia 2025, menggabungkan elemen landskap, budaya dan penyatuan dalam satu rekabentuk taman yang unik.
​​
KLPF2025 Fringe Events
Acara Sampingan KLPF2025

KL GENTA 2025 – KL Drum & Dance Festival
Date: 17-26 October 2025
Venue: Taman Tasik Titiwangsa
KL GENTA 2025 – KL Drum & Dance Festival is a cultural celebration that highlights traditional drumming and dance performances by international cultural troupes, especially from ASEAN countries. Sharing the stage with Malaysian cultural groups, the event showcases the unique rhythms, costumes, and heritage of each nation. This vibrant exchange promotes deeper understanding of ASEAN’s shared cultural roots while serving as a major attraction for tourists and city dwellers alike.
KL GENTA 2025 – Festival Gendang & Tari Kuala Lumpur merupakan sambutan kebudayaan yang menampilkan persembahan pergendangan dan tarian tradisi oleh kumpulan kesenian antarabangsa, khususnya dari negara-negara ASEAN. Mereka akan berkongsi pentas bersama kumpulan kebudayaan tempatan bagi mempersembahkan keunikan rentak, busana, dan warisan seni setiap negara. Acara ini menggalakkan pemahaman budaya serantau ASEAN serta menjadi daya tarikan istimewa kepada pelancong dan warga kota.
​​

ASEAN Halal Food Festival 2025
Date: 17-26 October 2025
Venue: Taman Tasik Titiwangsa
The ASEAN Halal Food Festival 2025 brings together the best of halal cuisine from all 10 ASEAN countries in one exciting location. From street food favourites to traditional delicacies, this event celebrates the rich culinary heritage of the region. It serves as a platform to promote the diversity and appeal of ASEAN halal gastronomy to Malaysians and international visitors alike. This festival highlights the growing global appreciation for halal ASEAN food, featuring participation from Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Cambodia, the Philippines, Vietnam, Myanmar, Brunei, and Laos.
Festival Makanan Halal ASEAN 2025 menghimpunkan hidangan halal terbaik dari kesemua 10 negara ASEAN dalam satu lokasi yang meriah. Daripada makanan jalanan sehinggalah kepada sajian tradisi, festival ini meraikan kekayaan warisan kulinari rantau ini. Ia menjadi platform untuk mempromosikan kepelbagaian dan keunikan gastronomi halal ASEAN kepada rakyat Malaysia dan pengunjung antarabangsa. Penganjuran kali ini menampilkan penyertaan dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Filipina, Vietnam, Myanmar, Brunei, dan Laos—mempamerkan cita rasa ASEAN yang semakin mendapat perhatian di peringkat dunia.
​​

NBS Asia 2025
The Nature -based Solutions Exchange
Date: 23 October 2025 (Thu)
Venue: Auditorium DBKL
Website: www.mynbs.asia
NBS Asia 2025 is an international knowledge exchange forum focused on Nature-based Solutions (NBS), held in conjunction with KL Park Festival 2025 and ASEAN Malaysia 2025. Organised by the Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM) in collaboration with Kuala Lumpur City Hall (DBKL), this one-day exchange forum brings together prominent international speakers to explore topics such as sponge cities, climate-resilient urban design, and sustainable methods and materials. At its core, the event advocates for integrating NBS as a fundamental principle in urban design and regional planning to effectively address climate change challenges.
NBS Asia 2025 merupakan sebuah forum pertukaran ilmu peringkat antarabangsa yang memfokuskan kepada Penyelesaian Berasaskan Alam (NBS), diadakan sempena Festival Taman Kuala Lumpur 2025 dan ASEAN Malaysia 2025. Dianjurkan oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), forum sehari ini menghimpunkan penceramah terkemuka antarabangsa untuk membincangkan topik seperti “Sponge City”, rekabentuk bandar berdaya tahan ancaman iklim, serta kaedah dan bahan-bahan berciri lestari. Matlamat utama adalah untuk menekankan kepentingan mengintegrasikan NBS sebagai prinsip utama dalam reka bentuk bandar dan perancangan wilayah demi menangani cabaran perubahan iklim secara efektif.
​​


