

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mempersembahkan | Presents
FESTIVAL TAMAN KUALA LUMPUR 2025
KL PARK FESTIVAL 2025 | 17-26 OCT 2023 | Taman Tasik Titiwangsa











Memory
Kuala Lumpur
Park Festival 2023



Kuala Lumpur
Park Festival 2025
KL Park Festival 2025 is a biennial celebration of nature and urban greenery, organized by Kuala Lumpur City Hall (DBKL). This festival underscores the vital role of parks and green spaces as the green lungs and heartbeat of the city, enriching urban life and enhancing sustainability.
More than just scenic retreats, parks serve as dynamic spaces for recreation, sports, leisure, events, and commercial activities. They also play a crucial role in flood mitigation, wildlife conservation, and providing clean air, making them an essential part of a resilient and thriving metropolis.
The festival is designed to inspire and engage the urban community, bringing together residents, associations, government agencies, corporate entities, universities, schools, and international participants. Through creative garden showcases and interactive programs, KL Park Festival 2025 fosters a shared appreciation for nature, encouraging collective efforts toward greener and more sustainable urban living.
Festival Taman
Kuala Lumpur 2025
Festival Taman Kuala Lumpur 2025 merupakan sambutan dwi tahunan yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menekankan kepentingan taman sebagai peparu hijau dan nadi bandar, memperkayakan kehidupan urban serta memperkukuhkan kelestarian.
Lebih daripada sekadar ruang santai, taman berfungsi sebagai pusat rekreasi, sukan, riadah, acara, dan aktiviti komersial. Selain itu, taman juga berperanan penting dalam sistem tebatan banjir, pemuliharaan hidupan liar, dan pembekalan udara bersih, menjadikannya elemen utama dalam pembangunan bandar yang berdaya tahan dan mampan.
Festival ini bertujuan untuk menginspirasi dan menggalakkan penyertaan aktif dalam kalangan komuniti bandar, termasuk penduduk, persatuan, agensi kerajaan, sektor korporat, universiti, sekolah, dan peserta antarabangsa. Melalui pameran taman yang kreatif serta program interaktif, Festival Taman Kuala Lumpur 2025 memupuk kesedaran bersama terhadap kepentingan alam semula jadi, serta menggalakkan usaha kolektif ke arah kehidupan bandar yang lebih hijau dan lestari.

ASEAN 2025 Summit Celebration
KL Park Festival 2025 (KLPF2025) marks a special edition as Kuala Lumpur plays host to the ASEAN 2025 Summit. This year’s festival embraces the rich cultural and landscape
diversity of ASEAN member countries, integrating their
unique elements into the garden showcases and ASEAN
Marketplace
Sambutan Persidangann Kemuncak ASEAN 2025
Festival Tamam Kuala Lumpur (KLPF2025) merupakan
edisi yang istimewa untuk Kuala Lumpur sebagai tuan
rumah Persidangan Kemuncak ASEAN 2025. Konsep kali
ini menerapkan penampilan budaya dan rekabentuk
negara anggota ASEAN dalam pertunjukan taman dan
“Market Place” ASEAN.



KLPF 2025 Theme
"ASEAN Unity in Diversity"
In line with Malaysia’s ASEAN 2025 Chairmanship, KL Park Festival 2025 embraces the theme “ASEAN Unity in Diversity.” This festival will highlight the rich cultural and heritage diversity of Malaysia, while also showcasing the unique landscapes, sculptures, plants, products, and garden designs from ASEAN member countries. This edition will present a more global and prestigious festival experience, celebrating international excellence in landscape and environmental design.
Tema KLPF 2025
"Kesatuan ASEAN
Dalam Kepelbagaian"
Bersempena dengan pengerusian ASEAN 2025 di Malaysia,
Festival Taman Kuala Lumpur 2025 membawa tema
“Kesatuan ASEAN Dalam Kepelbagaian.” Festival ini akan
menampilkan keunikan budaya dan warisan Malaysia, serta
menyerlahkan keindahan laman, arca, tumbuh-tumbuhan,
produk, dan rekabentuk taman daripada negara anggota
ASEAN. Edisi kali ini akan membawa dimensi yang lebih
sejagat dan berprestij antarabangsa, meraikan keunggulan
landskap dan reka bentuk alam sekitar di peringkat global.
12
Show Components
Komponen Pertunjukan

Malaysian Heritage Garden
A special garden showcase featuring unique cultural and heritage gardens from various cities and states. This exhibit is presented by government agencies and city councils, highlighting the rich traditions and identity of different regions in Malaysia.
Laman Warisan Malaysia
Taman khas yang disertai oleh agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan ini mengetengahkan keunikan budaya dan warisan negeri masing-masing dengan menampilkan kekayaan tradisi serta identiti setiap wilayah di Malaysia melalui pertunjukan rekabentuk laman.

Invited Showcase / Competition

Mystical Titiwangsa
Mystical Titiwangsa is an indoor exhibit and one of the must-see attractions at KLPF 2025. This immersive showcase features a rare houseplant collection and trending plant retail displays. Visitors will be transported on a mystical journey through curated exhibits and local folklore, presented using a multi-sensory experience that engages all five senses.
Mistikal Titiwangsa
adalah sebuah pameran dalaman dan salah satu tarikan utama di KLPF 2025. Pameran ini menampilkan koleksi tumbuhan hiasan dalaman yang jarang ditemui serta jualan tumbuhan yang sedang “trending” di pasaran. Pengunjung akan dibawa ke dalam sebuah perjalanan mistikal melalui pameran khas dan kisah-kisah rakyat tempatan, melalui rangsangan gabungan lima deria- dilengkapi dengan pencahayaan dan kesan bunyi yang memukaukan.

Invited Showcase / Competition

KL Balcony Showdown
The KL Balcony Showdown is a public open competition for enthusiasts who love to showcase landscape and garden design in a small balcony space, specifically for urban high-rise living. Participants will construct their designs within allocated mock-up balcony spaces, serving as a source of inspiration for city dwellers.
Pertandingan Balkoni KL
Ini merupakan pertandingan terbuka kepada orang awam yang berminat untuk menampilkan reka bentuk landskap dan taman dalam ruang balkoni kecil, khusus untuk kediaman pangsapuri di kawasan bandar. Para peserta akan membina rekaan mereka di ruang balkoni yang disediakan, sebagai inspirasi kepada penduduk bandar untuk mengubahsuai balkoni mereka.

Public Competition

Environmental Arts
The Environmental Arts competition is a public open competition that challenges participants to create large-scale environmental art and sculptures using natural materials within a park setting. This competition is divided into three main categories: sculptures constructed on the ground, in the air, or in the water, blending harmoniously with nature.
Kesenian Arca Alam
merupakan pertandingan terbuka kepada orang awam yang mencabar peserta untuk membina arca dan seni alam sekitar berskala besar menggunakan bahan semula jadi. Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori utama: arca yang dibina di atas tanah, di udara, atau di dalam air, pertandingan ini menekankan gabungan seimbang antara kreativiti dan kelestarian alam semulajadi.

Public Competition

ASEAN Sculpture Gardens
The ASEAN Sculpture Gardens is an exhibition featuring designers from Malaysia and across ASEAN nations, showcasing the unique cultural identity of each country through a diverse collection of art installations and sculptures. This exhibition serves as a platform for artistic exchange, celebrating the creativity and heritage of the region.
Laman Arca ASEAN
Ia merupakan pameran yang menampilkan pereka dari Malaysia dan negara-negara ASEAN, mempersembahkan keunikan identiti budaya masing-masing melalui gabungan instalasi seni dan arca yang pelbagai.
Pameran ini menjadi platform pertukaran seni yang meraikan kreativiti dan warisan serantau.

ASEAN Showcase

ASEAN Market Place
The ASEAN Market Place is a dedicated business zone featuring Halal ASEAN cuisine, along with the sale of plants, flowers, landscaping and horticultural tools, innovations, arts and crafts, and various unique local products. All retail stores within this marketplace are carefully curated to highlight ASEAN retailers, offering an authentic regional shopping experience.
Pasarlokal ASEAN
merupakan zon perniagaan yang menampilkan makanan Halal ASEAN, selain jualan pokok dan bunga-bungaan, peralatan serta inovasi landskap hortikultur, seni dan kraf, serta pelbagai produk unik. Semua peniaga di zon ini dipilih dengan teliti bagi menampilkan perniaga dari ASEAN, menawarkan pengalaman membeli-belah yang autentik dari rantau ini.

ASEAN & Local Showcase

Garden of Haven
The Garden of Haven is a home garden showcase presented by the organiser and Partners. This garden highlights a Nature-based Solutions (NBS) approach to home gardening, serving as an exemplary model for the public. It also demonstrates how a garden can function as an integral part of a home, seamlessly blurring the boundary between interior and exterior spaces.
Laman Kediaman
merupakan sebuah pameran laman kediaman yang dibawa khas oleh penganjur dan rakan strategik. Laman ini menampilkan konsep “Nature-based Solutions (NBS)” dalam reka bentuk landskap rumah, sebagai contoh rujukan kepada orang ramai. Ia juga memperlihatkan bagaimana laman kediaman boleh berfungsi dengan menggabungkan ruang dalaman dan luaran secara harmoni untuk mewujudkan persekitaran hidup yang lebih selesa dan lestari.

Organiser Showcase

Rhytmn of Life
Rhythm of Life is a decorative and lighting installation that captures the essence of ASEAN’s Art and Cultural Diversity as the design approach for this year’s KLPF. These installations will be strategically placed throughout the festival grounds, serving as artistic landmarks that are both photogenic and highly Instagrammable.
Irama Kehidupan
merupakan pertunjukan hiasan dan pencahayaan yang menggabungkan Kesenian dan Kepelbagaian Budaya ASEAN sebagai pendekatan reka bentuk untuk KLPF tahun ini. Instalasi ini akan ditempatkan di pelbagai sudut di seluruh tapak festival, menjadi mercu tanda artistik yang menarik, fotogenik, dan sesuai untuk dikongsi di media sosial.

Organiser Showcase

Outdoor Adventures
offers a range of thrilling and recreational activities for the whole family, including various sports such as water sports, team sports, extreme sports, endurance sports, and traditional games. The zone also features leisure activities like glamping and the increasingly popular E-Sports competitions, providing fun and excitement for all ages.
Aktiviti Kembara & Lasak
Zon ini menyediakan pelbagai aktiviti lasak dan riadah untuk seisi keluarga, termasuk pelbagai jenis sukan seperti sukan air, sukan berkumpulan, sukan ekstrem, sukan ketahanan, dan sukan rakyat. Selain itu, turut disediakan aktiviti riadah santai seperti glamping dan pertandingan E-Sport yang semakin popular pada masa kini, menjadikan zon ini penuh dengan keseronokan untuk semua peringkat umur.

Community-based Showcase

Young Expression
Young Expression is a collaborative event with public and private universities, creating a Student Village that showcases various activities, including competitions, performances, and sports events among students. This platform provides young talents with an opportunity to express their creativity, skills, and sportsmanship in an engaging festival environment.
Ekspresi Belia
Zon Ekspresi Belia merupakan acara kolaborasi bersama universiti awam dan swasta, dalam zon Perkampungan Pelajar (Student Village) bagi mempamerkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan, pertunjukan, dan sukan antara pelajar. Ini memberi peluang kepada golongan muda untuk menonjolkan kreativiti, bakat, dan semangat kesukanan mereka dalam suasana festival yang meriah.

Community-based Showcase

Community Garden
The Community Garden is a dedicated space featuring various community-focused activities, including exhibitions, competitions, pocket talks, and sales. Led by Local Agenda 21 (LA21) and the Malaysian Arborist Association, this initiative aims to educate the public on environmental awareness, tree care, and urban gardening through interactive and engaging programs.
Laman Komuniti
Adalah sebuah sudut khas yang merangkumi pelbagai aktiviti berasaskan komuniti seperti pameran, pertandingan, pocket talk, dan jualan. Diterajui oleh Local Agenda 21 (LA21) dan Persatuan Arborist Malaysia, program ini bertujuan untuk mendidik kesedaran awam mengenai alam sekitar, penjagaan pokok, serta perkebunan bandar melalui pendekatan interaktif.

Community-based Showcase

Nature Spark
Nature Spark is a series of seminars, talks, forum discussions, and pocket talks covering various urban-related topics and people wellbeing. Featuring speakers from government agencies, professionals, and NGOs such as Think City, MIP, PAM, PArM, ILAM, as well as brief lectures by MAIWP and other relevant agencies, this platform serves as a knowledge-sharing hub for urban sustainability and development.
Cetusan Alam
Seminar, ceramah, forum perbincangan, dan pocket talk akan diadakan di zon ini, membincangkan pelbagai tajuk dan isu kelestarian bandar dan kesejahteraan penghuni kota. Menampilkan penyertaan agensi kerajaan, profesional, dan NGO seperti Think City, MIP, PAM, PArM, ILAM, serta syarahan ringkas bersama MAIWP dan agensi berkaitan lain, platform ini menjadi ruang perkongsian ilmu dalam pembangunan dan kelestarian bandar.

Community-based Showcase
Pencapaian KLPF2023
KLPF 2023 Achievements


MYSTICAL TITIWANGSA
Malaysia Book of Records
Most House Plant Species in an Exhibition; 5,120 Species


RIBBON PALLETTE
Malaysia Book of Records
Most Ribbon Knots In An Art Installation: 17,150 knots
Penghargaan/Appreciation KLPF 2023
KLPF 2023 CLOSING CEREMONY VIDEO
Video Penutup KL Park Festival 2023
KLPF2023 APPRECIATION VIDEO BY PARTICIPANTS
Video Apresiasi Peserta KL Park Festival 2023


